Sunday, May 1, 2011

KEPADA PUAK/JUAK/NGO/SUKU-SAKAT PARTI KATI BACA NIE BANGANG..


KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.
Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang  melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi,
Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.
“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.
Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.
Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.
“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.
“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.
“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.
“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.
Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang kesan atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.
“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.
“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.
Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.
“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya KEADILANDAILY 30/04/2011

P/S : MALEH NAK CKP BANYAK NGAN ORANG DUNGU MEMANG TAKAN PAHAM SAMPAI MAMPUS SO KORANG BACA LAH WAHAI PENCACAI-PENCACAI PARTI KATI.. BODOH TAK BLEH DI AJAR BANGANG MEMANTUL-MANTUL..

NAK JADI JAGUH KG BINGAI.

Pihak timbulkan kekecohan di Masjid Amru Al-As diminta bertaubat

KUALA LUMPUR 1 Mei - Pihak yang melakukan kekecohan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kelmarin diminta supaya bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan sedemikian bagi memelihara kesucian rumah Allah.
Pada masa sama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden berkenaan dan memastikan pihak yang terlibat tidak terlepas daripada hukuman.
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abd. Razak berkata, insiden Jumaat lalu itu sangat keterlaluan dan memalukan umat Islam apabila masjid tidak lagi dihormati hanya kerana kepentingan politik pihak tertentu.
"Jangan cemari tempat ibadah, itu adalah hak individu tersebut bagi membuat sumpah laknat. Lagipun, ia sesuatu yang dibenarkan dalam Islam, jika tidak berpuas hati, mereka boleh membuat sumpah laknat sendiri di tempat lain.
"Bila di dalam masjid, lupakanlah perbezaan fahaman politik. Semua umat Islam adalah sama dengan satu kiblat yang sama," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas keadaan di dalam ruang solat Masjid Amru Al-As kelmarin yang menjadi lokasi ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat yang dicemari tindakan provokasi segelintir ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharum menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang menimbulkan kekecohan di dalam masjid tersebut.
"Tindakan provokasi segelintir ahli AMK dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menghalang Shazryl Eskay melafazkan sumpah laknat dilihat kurang sopan dan bijak.
"Ia adalah hak individu atau kumpulan bagi membuktikan kebenaran dengan membuat sumpah laknat," ujarnya.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, insiden tersebut dengan sendirinya memperlihatkan pihak yang menimbulkan kekecohan itu tidak memperjuangkan keadilan seperti mana didakwa.
"Ia adalah hak Shazryl Eskay untuk membuat sumpah laknat. Buat apa nak kacau seperti ada sesuatu yang tidak kena dan menunjukkan lebih banyak andaian kepada pihak yang dituduh.
"Jika mereka mahu, buat sendiri sumpah laknat bagi membersihkan nama dan menafikannya. Saya juga minta agar parti atau pertubuhan Melayu lain tidak mengikut tingkah laku sedemikian," katanya. UTUSAN MSIA ONLINE 01/05/2011.

P/S : HA.HA.HA..POORAH PUNYE NGO..KORNG BUKAN NGO TAPI NGOK,TUJUAN ORANG MENGHALANG TU SUPAYA MASJID TU TAK PAYAH LAH TAMBAH LAGI SATU SEBAB KEWUJUDAN NYE,APE SEBENAR NYE TUJUAN MASJID DI BINA,DAN APE PLAK FUNGSI NYE UNTUK UMAT SEJAGAT BONGOK BETUL LAH KORANG NIE,PEMIKIRAN MCM BUDAK BUDAK OTAK LETAK DALAM LUTUT PEH TU PENUH TAIK..TO PPIM KO TU WUJUD UNTUK MEMANTAU DAN MEMBANTU PENGGUNA-PENGGUNA YG ADA KAT MALAYSIA NIE ,TAK PAYAH LAH NAK JADI HERO KO PEGI PANTAU HARGA BARANG YANG MAKIN MAHAL TAK TENTU PASAL BAGI KAT KPDNHEP BLEH AMBIL TINDAKAN BUKAN NAK SYOK SENDIRI JADI HERO BODOH..PVTM PLAK PUN KAKI SEMAK NAK JADI JAGUH KG TAHAP SAMDUL,KO PEGI URUSKAN DULU HAL KENAIKAN GAJI DAN ELAUN ATM DULU,ORANG LANTIK KO UNTUK SUARAKAN MASALAH BUKAN CARI MASALAH,KO SENDIRI YANG CKP BARANG MAHAL LAH,GAJI TAK CUKUP LAH,UNSUR RASUAH LAH,ABIH TU YANG KO NYIBUK HAL POLITIK NGAPE,HAL SUMPAH PUN NGAPE BONGOK NO 2..SETLE KAN DULU HAL DALAM KAIN KO BARU NAK KOMEN PASAL ORANG LAIN..HOI GMP PERAK,BASUH TAIK KAT PUNGKOK KO DULU BARU NAK NYIBUK KAT NEGERI ORANG LAIN,SETTLEKAN DULU HAL NEGERI KO TU NGAN MAMAK PUDUKANG YANG KORANG JULANG TU BARU NAK BERTEMPIK SALAH KAT TEMPAT ORANG LAIN,KLAU RASA NAK JADI CALON PARTI KATI DLM PRU AKAN DTG JILAT ORANG NO 1 DULU BARU BLEH JADI CALON,NAK DPT KONTRAK KALU JILAT ORANG NO 2,TU PUN TAK PAHAM-PAHAM.