Friday, April 29, 2011

SUMPAH..SESUMPAH..SUMPIT..SPENDER..NIE LAH MALAYSIA

MASJID AMRU AL-AS,SENTUL,29/04/2011 : Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.Beliau tiba bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis. Eskay, Rahim dan Shuib beredar pantas tanpa memberikan peluang kepada pihak media bertanyakan soalan.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Datuk T itu beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid. MKINI 29/04/2011

P/S : RAKYAT NILAI LAH SENDIRI APE YANG SEBENAR NYE BERLAKU,SIKIT SIKIT SUMPAH SIKIT SIKIT SUMPAH..KLAU NK BERSUMPAH IKUT LAH HUKUM SYARAK CAKAP AWAK TU ORANG ISLAM BONGOK PEH NIE KLAU NK KURANG KAN BANDUAN DALAM PENJARA TU PANGGIL DIAORANG PAKAT PI SUMPAH RAMAI-RAMAI GERENTI SUME NAK SEBAB MANE ORANG NAK NGAKU SALAH,SEBAB HAKIM YANG JATUH KAN HUKUMAN,RUGI BETUL 2 ORANG POLIS YANG KENE SABIT KES NGAN WANITA MONGOLIA DULU,AKU RASA KLAU DIA TAU SEKARANG NIE PESEN ANGKAT SUMPAH GERENTI DIA PUN NAK..NIE SATU LAGI YANG BUAT RAKYAT MACAM BUDAK BODOH TAK BERAKAL,YANG PAKAI UNIFORM BIRU LOGO PDRM TU BUAT APE KAT SITU MENYEMAK,MENYELIT,MENYIBUK & MENYOKONG,KLAU RASA "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" BAIK TUKAR JEA BAJU TU PAKAI YANG ADE LOGO KATI, BERET BUANG PAKAI
TOPI LOGO KATI,MACAMANE RAKYAT NAK PERCAYA LAGI KAT KORANG SUME,KEJAP CKP LAIN KARANG CKP LAIN DAH MCM SESUMPAH PLAK..NIE LAH BILA RAKYAT SARAWAK DAH BAGI KEMENANGAN KAT SUKU SAKAT PARTI KATI,SEGALA-GALA NYE SUME DIPIJAK SEBAB AKU YANG BERKUASA SEKARANG..HA..HA..HA..APE YANG BERLAKU DI TANAH MELAYU ARI NIE SUME BERKISAR KISAH DALAM SPENDER ORANG SEBAB ITU YANG SEDAP DI BACA,DI TENGOK & DI BUALKAN..MAK & AYAH YANG MEMDIDIK KISAH DALAM SPENDER NIE KAT RAKYAT TAK LAIN TAK BUKAN  ADALAH PARTI KATI..BANJINGAN BETUL.

Thursday, April 28, 2011

CAKAP BERDEGOR-DEGOR..TAIK TERSANGKUT KAT GELEGAR..






TV3/27.04/2011 :   Nilai ringgit semakin kukuh. Matawang negara melonjak ke paras 2.978 berbanding Dolar Amerika, sehingga 12 tengah hari tadi.Ia, paras tertinggi dicatatkan sejak 13 tahun lalu.Persoalannya, apakah impak pengukuhan ringgit ke atas ekonomi negara?Laporannya bersama Amanda Lopez.
           Menurut pakar ekonomi RAM Holdings Berhad, pengukuhan ini tidak perlu dirisau asalkan ia sejajar pengukuhan nilai mata wang rantau Asia lain.
DR YEAH KIM LENG/ KETUA PAKAR EKONOMI, RAM HOLDINGS BHD
"Secara keseluruhan, pengukuhan nilai mata wang dianggap bagus bagi ekonomi kerana ia menggalakkan pengeluar serta pengeksport untuk meningkatkan produktiviti serta efisyen bagi mengatasi kenaikan harga mendadak ini."
Sejak tahun lalu, nilai ringgit mencatat peningkatan 12.62 peratus berbanding Dolar Amerika Syarikat. Catatan itu yang paling tinggi berbanding pengukuhan matawang negara asia lain.
Prestasi kukuh ringgit turut memanfaatkan sektor import negara.

DR YEAH KIM LENG/ KETUA PAKAR EKONOMI, RAM HOLDINGS BHD
"Manfaatnya bagi negara dari segi kos barangan dan perkhidmatan import akan menjadi murah. Dengan itu, konsumer bakal meningkat barangan dan perkhidmatan import pada harga rendah dan sekiranya mereka melancong ke luar negara, sudah tentu barangan akan menjadi murah dengan pengukuhan matawang negara."

DR NAZRI KHAN/ KETUA KAJIAN RUNCIT, AFFIN INVESTMENT BANK
"Faedah bagi negara kita ialah barangan serta perkhidmatan import kita akan lebih murah. Jadi lama kelamaan, ia akan memberi manfaat kepada pengguna kerana memperoleh barangan serta perkhidmatan import dengan harga rendah. Lagipun jika penduduk tempatan melancong ke luar negara, mereka akan rasa barangan lebih murah melalui pengukuhan nilai mata wang ringgit ini."
Bagi sektor eksport pula, pengukuhan ringgit secara berperingkat itu dilihat tidak akan memberi impak besar.
Selain itu, memandangkan negara pengeluar utama komoditi dunia harga tinggi eksport komoditi mampu mengurangkan kerugian pendapatan ringgit bagi sektor eksport.
Meskipun demikian, pengukuhan matawang negara turut perlu dipantu secara teliti.

DR NAZRI KHAN/ KETUA KAJIAN RUNCIT, AFFIN INVESTMENT BANK
"Sudah tentu pengukuhan ringgit yang konsisten tidak akan bertahan, kerana bergantung kepada ringgit yang tinggi untuk mengekang inflasi berbahaya kerana ia akan mewujudkan ketidaktentuan ke atas asas ekonomi negara."
Dengan itu, bank pusat dijangka akan masuk campur menaikkan kadar dasar semalaman, OPR sekitar  25 asas mata.
Ketika ini, kadar faedah semasa kekal pada 2.7-5 peratus.
Pihaknya turut mengunjurkan ringgit akan mencecah 2.8 Ringgit berbanding Dolar AS menjelang akhir tahun.
TV3 27/04/2011

 
P/S : POK..PEK..POK..PEK..CKP BAGAI NAK SENGET BUMI NIE..APE YG ORANG KG TAU PASAL BENDA NIE,GAJI BAWAH SERIBU,PESARA AM RENDAH,BUDAK BUDAK TAU KE?..
SEKARANG ORANG TAK NAK DENGAR PASAL NIE SEMUA..BARANG MAKIN MAHAL..HIDUP MAKIN TERSEPIT TAUUU..TU LAH BILA TV3 SUKU BUAT INTERVIEW..MACAM PUNDEK..SELAGI PARTI KATI WUJUD SELAGI TU LAH MAKIN RAMAI ORANG KEDANA. (KLIP VIDEO ADE KT WEBSITE TV3 SUKU TENGOK LAH SENDIRI)

Wednesday, April 27, 2011

TAK LAYAN..JAWAPAN ADUN TEBEDU SARAWAK.

KUCHING/26.04.2011: Kecewa apabila bantahan, laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat terhadap pembalakan di tanah mereka tidak mendapat perhatian, penduduk 10 kampung di Tebedu, berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia, semalam mengambil tindakan sendiri meruntuhkan jambatan dibina syarikat itu.
    Jambatan itu dipercayai dibina syarikat pembalakan untuk merentasi Sungai Suhu bagi mengeluarkan balak dari kawasan berkenaan.   
 
Penduduk Kampung Temong Bengan, Kampung Temong Putah, Kampung Temong Mura, Kampung Temong Mawang, Kampung Darul Fallah, Kampung Darul Huda, Kampung Tepoi, Kampung Semunti, Kampung Sebekar dan Kampung Sebuhang kini merayu campur tangan pihak berkuasa menghentikan pembalakan di kawasan tanah mereka sejak pertengahan tahun lalu. Wakil penduduk, Mani anak Marin, 47, mendakwa syarikat pembalakan bukan saja mengambil balak di hutan berhampiran kampung, malah dusun durian serta sawah padi mereka turut dirosakkan.
       Kehidupan mereka kini tidak lagi selesa apabila air sungai yang selama ini menjadi sumber kegunaan harian kini tercemar teruk apabila air yang dulunya jernih kini bertukar kekuningan.
Mani mendakwa penduduk tidak tahu hutan berhampiran kampung itu diteroka syarikat pembalakan, sehinggalah mendengar deruman enjin jentera menjalankan kerja menolak tanah untuk membuat jalan, Jun tahun lalu.
      “Selepas diselidik, kami dapati kerja pembalakan dijalankan di hutan itu dan apabila disoal, pekerja syarikat balak mendakwa mereka menjalankan kerja yang sah selepas mendapat kebenaran bertulis lima ketua kampung di kawasan itu,” katanya.
Bagaimanapun, penduduk musykil kerana tidak pernah dimaklumkan mengenai kegiatan itu, malah ketua kampung juga tidak pernah membawa mereka berbincang.
      Penduduk yang tidak berpuas hati kemudian mendapatkan surat perjanjian itu ditandatangani lima ketua kampung yang membenarkan kawasan hutan seluas 4,125 hektar diteroka syarikat pembalakan yang berpejabat di Batu Tiga, Kuching.
Penduduk kemudiannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak syarikat namun diugut.
Berikutan itu, Mani berkata penduduk membuat laporan polis di Balai Polis Tebedu dan Serian serta membuat laporan kepada SPRM.
       “Namun hingga kini, tiada tindakan diambil terhadap syarikat itu, malah kerja pembalakan semakin rancak dilakukan. Siapa yang tidak marah jika ratusan pokok durian, buahan-buahan lain, pokok tapang ditebang dan dijadikan kayu balak.
"Lebih menyedihkan apabila sawah padi kami turut dirosakkan apabila mereka membina jalan balak melaluinya,” katanya.
Mani mendakwa ketua kampung mengambil sikap lepas tangan.
       "Kami terpaksa bertindak sendiri kerana kami sedar masalah kami ini tidak diberi perhatian. Sampai bila kami harus menunggu... adakah hingga hutan kami musnah dan semua tanah kami musnah barulah hendak bertindak,” katanya. BH 26/04/2011.

P/S: INILAH PADAH NYE BILA DAH TERSILAP LANGKAH DAN PANGKAH,POLIS SUDAH,SPRM PUN SUDAH..NAK TAU BILA MASALAH SELESAI.....KEH.KEH.KEH..TUNGGU LAH LAGI 5 TAHUN TU PUN KALAU PR MENANG..SELAGI PARTI KATI WUJUD SORI LAH.