Saturday, May 7, 2011

TERSENTUH HATI KU..MENUSUK KALBU....

HOT FM. 06/05/2011 : Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini ke udara menerusi stesen radio Hot FM di Seri Pentas dan antara lain menceritakan pengalamannya semasa kanak-kanak dan juga kehidupannya sebagai perdana menteri.
1).Antara pengalaman itu termasuk menunggang basikal untuk membeli makanan kegemarannya iaitu nasik lemak.
Katanya, beliau berbasikal dari rumahnya berdekatan Hospital Tanglin untuk membeli nasi lemak yang berharga antara 30 hingga 50 sen pada masa itu.
 Ironinya perdana menteri tidak benar-benar menjawab soalan yang diajukan oleh dejay sama ada beliau pernah menggunakan pengangkutan awam.
Soalan itu timbul apabila Najib pada program temu bual selama sejam itu, juga diajukan soalan mengenai pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengangkutan awam sejak dilancarkan tahun lalu.
Beliau berkata ia telah menampakkan peningkatan daripada segi kemudahan yang disediakan, dan perubahan lebih ketara hanya akan dapat dilihat dalam masa dua hingga tiga tahun lagi.
Ketika itu, DJ berkenaan bertanyakan kepada perdana menteri sama ada beliiau pernah menggunakan pengangkutan awam sebelum ini.
Najib tidak menjawab secara langsung tetapi sebaliknya menceritakan pengalamanya menunggang basikal membeli nasi lemak.
"Ia agak jauh, kadang kala saya pergi bersendirian, kadang kala saya pergi dengan adik saya,"
2).Sepanjang temu bual tersebut, lagu-lagu kegemaran Perdana Menteri dimainkan antaranya 'Kancing Suasa' oleh R. Azmi, 'If Tomorrow Never Comes' oleh Ronan Keating, 'Kaulah Segalanya' oleh Ruth Sahayana, 'Perpisahan Ini' oleh Aizat dan 'Nobody' oleh Wonder Girls.Najib juga sempat mengulas bahawa beliau gemarkan lagu 'Kancing Suasa' kerana lagu itu mendekatkan beliau dengan masyarakat Orang Asli di kawasan Parlimen Pekan yang diwakilinya.
3).Selain mempunyai blog dan akaun Facebook, Najib juga menggunakan Twitter secara aktif dan mempunyai pengikut yang ramai.
4).Najib yang merupakan peminat MU berkata beliau mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukan kegemarannya biarpun Barcelona mempunyai barisan pemain yang hebat.
5).Mengenai cara beliau mengurangkan stres , Najib berkata beliau suka bersukan dan bersenam"Sewaktu belajar, saya akan mengajak rakan-rakan bermain bola atau skuasy untuk mengurangkan stres. Sekarang saya pergi ke gim, melakukan senaman 'treadmill' dan 'cross trainer'," katanya. katanya.Program yang dihoskan juruhebah (DJ) Fara Fauzana, Faizal Ismail dan Kieran itu turut disiar secara langsung menerusi stesen televisyen 8TV. MALAYSIAKINI 06/05/2011

P/S : AKU TIME KECIK DULU BELI NASI LEMAK JALAN KAKI TAKDE PUN KUAR RADIO..APE YANG RAKYAT NAK ADALAH HARGA BARANG TURUN & TERKAWAL,GAJI DINAIKAN  SETIMPAL LAH DENGAN HARGA BARANG2,SEGALA HASIL KAT TANAH MELAYU NIE SKALI NGAN 2 NEGERI BORNEO TU RAKYAT BERHAK KONGSI BUKAN PUAK KO JEA..RAKYAT TAKNAK DENGAR KO GEBANG PASAL KUCING,DAM AJI,NAIK BESKAL..NASI LEMAK ,LAGU R.R.AZMI..WONDERGIRLS,TWITTER,FACEBOOK,M.U LAH..
   APE YANG RAKYAT DAPAT BILA KO POK PEK POK PEK PASAL BENDA NIE..RAKYAT TAKNAK TAU LAH BENDA2 MACAM NIE..RAKYAT NAK PERUBAHAN!!!..LAKI BINI SAME JEA BILA ADE ORANG INTERVIEW MEREPEK REPEK TAK TENTU PASAL..







CONFIRMMM.. DAH DIPHOTOSHOPKAN!!!!!...

ISTANBUL./07/05/2011:
Menjadi Wanita Pertama bukannya hak istimewa tetapi ia adalah satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang wanita, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata ia termasuk tanggungjawab terhadap masyarakat, negara dan keluarga terutama dalam memberi sokongan kepada suaminya, Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa sibuk dengan tugas harian sebagai Perdana Menteri.
    "Tiada garis panduan untuk menjadi Wanita Pertama. Tetapi saya mengambil contoh Wanita Pertama sebelum ini -- apa yang mereka lakukan, tanggungjawab yang mereka jalankan untuk rakyat. Apabila suami saya seorang menteri saya hanya pengikut kepada pemimpin...apa yang dilakukan isteri perdana menteri, saya ikut

"Saya bernasib baik kerana kami, di Malaysia mempunyai persatuan isteri menteri dan timbalan menteri yang diketuai isteri perdana menteri dan isteri timbalan perdana menteri sebagai timbalan presiden. Saya banyak belajar daripada persatuan itu," katanya kepada 1,000 peserta Froum Wanita Pertama sempena Sidang Kemuncak Global Wanita 2011 di sini. Selain Rosmah, turut menjadi panel ialah Wanita Pertama Namibia Penehupifo Pohamba dan froum itu dikendalikan oleh Editor Eksekutif International Herald Tribune (France) Alison Smale sebagai moderator. Rosmah berkata peranan Wanita Pertama kini berbeza daripada 20 tahun lalu di mana ketika itu mereka hanya menemani suami menghadiri majlis rasmi. 

"Secara beransur-ansur ia berubah memandangkan kini ramai di kalangan wanita adalah berpendidikan dan berada di barisan hadapan. Saya perlu menjadi sangat aktif dan menunjukkan kebolehan saya kerana wanita memerlukan pemimpin untuk menyokong mereka," katanya.
Rosmah, yang juga penaung program Permata Negara, berkongsi pengalaman kejayaannya dalam program pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dan telah menubuhkan 600 pusat Permata di seluruh negara.
"Ada masanya, saya perlu mengikut suami melawat kawasan pedalaman, jadi saya boleh mempunyai program saya sendiri untuk melawat dan melihat kemajuan program Permata di kawasan itu," katanya.
Sementara itu, Pohamba turut sependapat bahawa menjadi Wanita Pertama tidak banyak istimewanya dan beliau mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan beliau menjadi contoh yang baik kepada wanita di negaranya.
Pohamba, yang juga pengasas dan penaung ''Organization for the Empowerment of Widows/Widowers and Orphans of HIV and AIDS'' di Namibia (OEWONA), berkata idea untuk menubuhkan persatuan itu bermula akhir tahun 2003 bagi mewujudkan pertubuhan kebajikan untuk memberi pengetahuan dan skil melalui pelbagai latihan berdasarkan projek pilihan dan minat dalam usaha menjana pendapatan yang akan membolehkan mereka meningkatkan kehidupan.
"Saya mendapat ilham itu ketika saya melihat seorang wanita mengandung dan tidak mempunyai suami dan saya fikir seseorang sepatutnya membantu wanita muda itu," katanya.
Beliau turut berkongsi dasar kerajaan Namibia mnengenai pendidikan iaitu kanak-kanak di negara itu wajib ke sekolah, berbeza dengan sebelum ini iaitu kanak-kanak terutama perempuan tidak diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan. Sementara itu, kedua-dua Wanita Pertama itu bersetuju bahawa wanita di dunia telah berubah dan semakin cepat dalam meningkatkan diri mereka dalam era globalisasi yang kebanyakannya dikuasai oleh lelaki..BERNAMA. 


 P/S :  FIRST LADY OF MALAYSIA BERTEMU FIRST LADY OF TURKEY PUAN HAYRUNNISA GUL DI ISTANA PRESIDEN DI ANKARA..KAH..KAH..KAH..KAH..(dah mcm tukar tiub lah plak)..CUBE KORANG TENGOK BETUL2 GAMBAR NIE..DAH DI PHOTOSHOPKAN KE IDAK,DARI PENGAMATAN AKU CONFIRM DI PHOTOSHOPKAN..YESS MEMANG BETUL SEDANGKAN OSAMA MATI PUN BLEH EJAS GAMBOR DIA NIE KAN PLAK GAMBAR BIIK MAMAAA..
   NEGARA NIE PUN TAH ESOK KE LUSA PUN BLEH JADI MCM NAMIBIA TU SELAGI KO LAKI BINI MEMERINTAH KU HULU KE HILIR MENGABIHKAN DUIT SEGALA  BARANG KO BORONG..SEGALA HOTEL KO TIDO..OOIII..KAT TANAH MELAYU NIE SKALI LAH NGAN 2 NEGERI BORNEO TU ADE RAKYAT YANG TAK MAKAN TAU..TIDO ALAS SIMEN,ATAS KAYU PUN ADE HOII..YANG TAK BERBUMBUNG PUN ADE,PROJEK PERMATA KO TU JEA DAH MENYUSAHKAN KT PERAK,SAMPAI SAPE2 YANG STATUS KONTRAK DI TAMATKAN GARA2 BUDGET BAWAH PEMERINTAHAN MAMAK CENDOL TAK CUKUP...