Saturday, May 7, 2011

TERSENTUH HATI KU..MENUSUK KALBU....

HOT FM. 06/05/2011 : Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini ke udara menerusi stesen radio Hot FM di Seri Pentas dan antara lain menceritakan pengalamannya semasa kanak-kanak dan juga kehidupannya sebagai perdana menteri.
1).Antara pengalaman itu termasuk menunggang basikal untuk membeli makanan kegemarannya iaitu nasik lemak.
Katanya, beliau berbasikal dari rumahnya berdekatan Hospital Tanglin untuk membeli nasi lemak yang berharga antara 30 hingga 50 sen pada masa itu.
 Ironinya perdana menteri tidak benar-benar menjawab soalan yang diajukan oleh dejay sama ada beliau pernah menggunakan pengangkutan awam.
Soalan itu timbul apabila Najib pada program temu bual selama sejam itu, juga diajukan soalan mengenai pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengangkutan awam sejak dilancarkan tahun lalu.
Beliau berkata ia telah menampakkan peningkatan daripada segi kemudahan yang disediakan, dan perubahan lebih ketara hanya akan dapat dilihat dalam masa dua hingga tiga tahun lagi.
Ketika itu, DJ berkenaan bertanyakan kepada perdana menteri sama ada beliiau pernah menggunakan pengangkutan awam sebelum ini.
Najib tidak menjawab secara langsung tetapi sebaliknya menceritakan pengalamanya menunggang basikal membeli nasi lemak.
"Ia agak jauh, kadang kala saya pergi bersendirian, kadang kala saya pergi dengan adik saya,"
2).Sepanjang temu bual tersebut, lagu-lagu kegemaran Perdana Menteri dimainkan antaranya 'Kancing Suasa' oleh R. Azmi, 'If Tomorrow Never Comes' oleh Ronan Keating, 'Kaulah Segalanya' oleh Ruth Sahayana, 'Perpisahan Ini' oleh Aizat dan 'Nobody' oleh Wonder Girls.Najib juga sempat mengulas bahawa beliau gemarkan lagu 'Kancing Suasa' kerana lagu itu mendekatkan beliau dengan masyarakat Orang Asli di kawasan Parlimen Pekan yang diwakilinya.
3).Selain mempunyai blog dan akaun Facebook, Najib juga menggunakan Twitter secara aktif dan mempunyai pengikut yang ramai.
4).Najib yang merupakan peminat MU berkata beliau mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukan kegemarannya biarpun Barcelona mempunyai barisan pemain yang hebat.
5).Mengenai cara beliau mengurangkan stres , Najib berkata beliau suka bersukan dan bersenam"Sewaktu belajar, saya akan mengajak rakan-rakan bermain bola atau skuasy untuk mengurangkan stres. Sekarang saya pergi ke gim, melakukan senaman 'treadmill' dan 'cross trainer'," katanya. katanya.Program yang dihoskan juruhebah (DJ) Fara Fauzana, Faizal Ismail dan Kieran itu turut disiar secara langsung menerusi stesen televisyen 8TV. MALAYSIAKINI 06/05/2011

P/S : AKU TIME KECIK DULU BELI NASI LEMAK JALAN KAKI TAKDE PUN KUAR RADIO..APE YANG RAKYAT NAK ADALAH HARGA BARANG TURUN & TERKAWAL,GAJI DINAIKAN  SETIMPAL LAH DENGAN HARGA BARANG2,SEGALA HASIL KAT TANAH MELAYU NIE SKALI NGAN 2 NEGERI BORNEO TU RAKYAT BERHAK KONGSI BUKAN PUAK KO JEA..RAKYAT TAKNAK DENGAR KO GEBANG PASAL KUCING,DAM AJI,NAIK BESKAL..NASI LEMAK ,LAGU R.R.AZMI..WONDERGIRLS,TWITTER,FACEBOOK,M.U LAH..
   APE YANG RAKYAT DAPAT BILA KO POK PEK POK PEK PASAL BENDA NIE..RAKYAT TAKNAK TAU LAH BENDA2 MACAM NIE..RAKYAT NAK PERUBAHAN!!!..LAKI BINI SAME JEA BILA ADE ORANG INTERVIEW MEREPEK REPEK TAK TENTU PASAL..