Friday, May 13, 2011

BAPA HANYATOLONG KALAU DAFI BANGKRAP..............RAKYAT..???

KUALA LUMPUR.KHAMIS 16/12/2010 :
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menegaskan beliau tidak akan membantu anaknya, Dafi atau Gadaffi, 22, mengeluarkan sebarang wang modal untuk membangunkan syarikat Lough Out Loud Entertainment Sdn Bhd (LOLE).
Menurut Ismail Sabri, dia mahu Dafi berdikari untuk merasai bagaimana susah untuk membina sebuah perniagaan menggunakan wang hasil titik peluh sendiri.
"Saya suka bila anak saya buat sesuatu atas usaha sendiri kerana saya juga dulu bukannya datang daripada keluarga yang senang. Jadi saya biarkan dan melihat dari jauh perniagaannya itu. Bila Dafi bankrap baru saya tolong.MSTAR ONLINE.

Harga teh tarik naik mendadak
2011/05/12

KUANTAN: Tidak sampai 24 jam harga gula dinaikkan 20 sen kepada RM2.30 sekilogram kelmarin, ada peniaga restoran di bandar ini mula mengambil kesempatan turut menaikkan harga minuman.

Tinjauan di sebuah restoran di sini mendapati segelas teh tarik dijual RM1.50, naik 20 sen berbanding RM1.30 Pengguna, Azman Hassan, 32 berkata, beliau terkejut apabila melihat bil yang menyatakan segelas teh tarik berharga RM1.50."Tidak sampai 24 jam, peniaga menaikkan harga yang dianggap tidak munasabah dan membebankan pengguna kerana ia hanya membabitkan kenaikan gula," katanya.

Rakannya, Mohd Ashraf Zulkifli, 25, pula mahu tindakan tegas dikenakan terhadap peniaga yang sengaja cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
"Setiap kali pengumuman kenaikan harga gula atau barang keperluan harian seperti tepung atau susu, harga makanan atau minuman naik. Sepatutnya, peniaga tidak menjadikan pelanggan sebagai mangsa keadaan," katanya.
Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah rasionalisasi yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.
Sementara itu, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah ketika diminta mengulas menganggap tindakan peniaga sebagai tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, PPPM membantah tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan disebabkan kenaikan harga gula.
"Kita kesal dengan tindakan peniaga yang tidak prihatin dan menjadikan pelanggan sebagai mangsa untuk mengaut keuntungan," katanya.

  P/S: RAKYAT DI HARAP BERSABAR BILA KENAIKAN HARGA BERLAKU INI KERANA KERAJAAN INGIN MEMBANTU RAKYAT..YE KE..BUKAN NAK BANTU ANAK BERANAK KE...BANGSAT LAH LU.