Thursday, April 28, 2011

CAKAP BERDEGOR-DEGOR..TAIK TERSANGKUT KAT GELEGAR..






TV3/27.04/2011 :   Nilai ringgit semakin kukuh. Matawang negara melonjak ke paras 2.978 berbanding Dolar Amerika, sehingga 12 tengah hari tadi.Ia, paras tertinggi dicatatkan sejak 13 tahun lalu.Persoalannya, apakah impak pengukuhan ringgit ke atas ekonomi negara?Laporannya bersama Amanda Lopez.
           Menurut pakar ekonomi RAM Holdings Berhad, pengukuhan ini tidak perlu dirisau asalkan ia sejajar pengukuhan nilai mata wang rantau Asia lain.
DR YEAH KIM LENG/ KETUA PAKAR EKONOMI, RAM HOLDINGS BHD
"Secara keseluruhan, pengukuhan nilai mata wang dianggap bagus bagi ekonomi kerana ia menggalakkan pengeluar serta pengeksport untuk meningkatkan produktiviti serta efisyen bagi mengatasi kenaikan harga mendadak ini."
Sejak tahun lalu, nilai ringgit mencatat peningkatan 12.62 peratus berbanding Dolar Amerika Syarikat. Catatan itu yang paling tinggi berbanding pengukuhan matawang negara asia lain.
Prestasi kukuh ringgit turut memanfaatkan sektor import negara.

DR YEAH KIM LENG/ KETUA PAKAR EKONOMI, RAM HOLDINGS BHD
"Manfaatnya bagi negara dari segi kos barangan dan perkhidmatan import akan menjadi murah. Dengan itu, konsumer bakal meningkat barangan dan perkhidmatan import pada harga rendah dan sekiranya mereka melancong ke luar negara, sudah tentu barangan akan menjadi murah dengan pengukuhan matawang negara."

DR NAZRI KHAN/ KETUA KAJIAN RUNCIT, AFFIN INVESTMENT BANK
"Faedah bagi negara kita ialah barangan serta perkhidmatan import kita akan lebih murah. Jadi lama kelamaan, ia akan memberi manfaat kepada pengguna kerana memperoleh barangan serta perkhidmatan import dengan harga rendah. Lagipun jika penduduk tempatan melancong ke luar negara, mereka akan rasa barangan lebih murah melalui pengukuhan nilai mata wang ringgit ini."
Bagi sektor eksport pula, pengukuhan ringgit secara berperingkat itu dilihat tidak akan memberi impak besar.
Selain itu, memandangkan negara pengeluar utama komoditi dunia harga tinggi eksport komoditi mampu mengurangkan kerugian pendapatan ringgit bagi sektor eksport.
Meskipun demikian, pengukuhan matawang negara turut perlu dipantu secara teliti.

DR NAZRI KHAN/ KETUA KAJIAN RUNCIT, AFFIN INVESTMENT BANK
"Sudah tentu pengukuhan ringgit yang konsisten tidak akan bertahan, kerana bergantung kepada ringgit yang tinggi untuk mengekang inflasi berbahaya kerana ia akan mewujudkan ketidaktentuan ke atas asas ekonomi negara."
Dengan itu, bank pusat dijangka akan masuk campur menaikkan kadar dasar semalaman, OPR sekitar  25 asas mata.
Ketika ini, kadar faedah semasa kekal pada 2.7-5 peratus.
Pihaknya turut mengunjurkan ringgit akan mencecah 2.8 Ringgit berbanding Dolar AS menjelang akhir tahun.
TV3 27/04/2011

 
P/S : POK..PEK..POK..PEK..CKP BAGAI NAK SENGET BUMI NIE..APE YG ORANG KG TAU PASAL BENDA NIE,GAJI BAWAH SERIBU,PESARA AM RENDAH,BUDAK BUDAK TAU KE?..
SEKARANG ORANG TAK NAK DENGAR PASAL NIE SEMUA..BARANG MAKIN MAHAL..HIDUP MAKIN TERSEPIT TAUUU..TU LAH BILA TV3 SUKU BUAT INTERVIEW..MACAM PUNDEK..SELAGI PARTI KATI WUJUD SELAGI TU LAH MAKIN RAMAI ORANG KEDANA. (KLIP VIDEO ADE KT WEBSITE TV3 SUKU TENGOK LAH SENDIRI)